Ikan Kerisi Masak Lemon

Membuka selera dengan masakan #yakinsedap dengan Sos Yakin Sedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Resepi yang mudah hasil perkongsiaan dari @julia_aleenaireish

Ribuan terima kasih kepada @julia_aleenaireish kerana memberikan idea untuk masakan yang simple, menarik, mudah dan #yakinsedap

Selalu buang sisiknya.. Kali ini masak tak mau buang.. Bila dah goreng menarik sangat krispy rasa nak ratah aje..๐Ÿ˜

Lagi sedap lagi membuka selera bila disimbah dengan kuah/sos lemon yang best. Tip top licin tinggal tulang aje..

IKAN KERISI KRISPY MASAK LEMON

By ~ Julia Aleen Aireish (@julia_aleenaireish)

Bahan-bahan :

  • 2 ekor ikan kerisi – saiz besar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar SOS LEMON YAKIN
  • 1 sudu besar SOS TIRAM YAKIN
  • 1 batang serai – dihiris serong
  • 7-10 biji cili api – dipotong
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang holland – dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1/3 cawan air panas
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Hirisan lemon – untuk hiasan

Cara-caranya :

  1. Bersihkan ikan, digaul bersama dengan kunyit dan garam goreng hingga masak.
  2. Di dalam kuali letak sedikit sahaja minyak masak tumis serai diikuti bawang holland dan bawang putih.
  3. Masukkan cili api, daun limau purut, tuang air biarkan mendidih sekejap. Kemudian letak sos tiram & sos lemon YAKIN dikacau sekata tambah sedikit gula untuk sesuaikan rasa.
  4. Siram di atas ikan kerisi yang telah digoreng tadi dan letak hirisan lemon untuk naikkan lagi aroma masakan. Sedia dihidang dan dinikmati.

Jom buat.

#RasanyaYakinSedap #Supportlocalproduct #SosSpagetiYakin #everyonecancookwithYakin #cookwithloveyakin #ResepiYakin

CATEGORIES