Description
✅100% Authentic Products & Official Seller
✅ Jakim Halal, Malaysian Brand, HACCP, Mesti, GMP & BRC Certified
✅ Product of Malaysia / Made in Malaysia
✅ UNTUK PEMBELIAN PUKAL/BORONG, BOLEH CHAT KAMI DAHULU UNTUK KAMI ATURKAN EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). KAMI TAK SARANKAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN STANDARD DELIVERY (COURIER) BAGI PEMBELIAN ATAS 100 UNIT UNTUK MEMASTIKAN PRODUK TIDAK PECAH DAN ROSAK.
✅ FOR BULK/WHOLESALE PURCHASE, PLEASE CHAT US FIRST SO THAT WE CAN ARRANGE EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). WE DO NOT RECOMMEND YOU TO USE STANDARD DELIVERY (COURIER) FOR PURCHASES OVER 100 UNITS TO ENSURE THE PRODUCT IS NOT BROKEN AND DAMAGED.
- JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) – Halal Food Standard
- HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) – Food Safety System
- BRC (British Retail Consortium) – Food Safety Global Standard
Additional Notes
Allergen: Produced in a factory that handles wheat (gluten), soybean, egg, and their sub-products. All additives are of plant or synthetic origin.
Storage: Keep refrigerated after opening and store away from direct sunlight.
Alergen: Dihasilkan di kilang yang mengendalikan gandum (gluten), kacang soya, telur dan sub-produknya. Semua bahan tambahan berasal dari tumbuhan atau sintetik.
Cara Penyimpanan: Letak di dalam peti sejuk selepas dibuka dan elakkan daripada terdedah dari cahaya matahari secara langsung.
#TeamYakinSedap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IG: @nurul_razali , @norbaya_dahalan & @kak_t68 kerana memberikan review untuk #ProdukYakinSedap yang sangat menarik. Jadi inilah repost untuk kongsikan resepi + pendapat mereka 🤗✨
@nurul_razali
Hai..dah masuk raya ke-4. Alhamdulillah, walaupun raya PKP kita tetap bersyukur dapat juga meraikan raya.
Hari ni kita tolak tepi rendang ketupat, kita masak Sup Korea Pedas atau Jjampong.
Gabungan rasa pedas dari Serbuk Jjampong Hexa, Serbuk Cili Hexa dan masam dari cuka Yakin Sedap memang ngam sangat.
Jom tgk resepi
Udang/Sotong
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 1 mangkuk kecil kubis
- 1/2 batang lobak merah dihiris
- 1/2 paket bebola ikan
- 1 paket cendawan Bunashimeji Putih
- 1 paket sayur green dragon
- 3 sudu besar serbuk Jjampong Hexa
- 1 sudu besar serbuk cili volcano Hexa
- 3 cawan air
- 2 sudu besar cuka Yakin
- 2 sudu kecil garam
- Sedikit daun bawang (kalau ada)
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, merah. Masukkan sayur lobak, kubis dan fishball. Masak sampai layu.
2. Masuk serbuk Jjampong dan serbuk cili. Kacau goreng lagi. Tambahkan air bersama cuka Yakin Sedap dan juga cili padi (Nurul suka pedas 😜)
3. Bila dah mendidih boleh masukkan seafood, cendawan dan garam.
4. Akhir sekali, campak sayur hreen dragon atau daun bawang. Siap.
5. Boleh dihidang dengan nasi atau mi tarik.
Selamat mencuba!
@norbaya_dahalan
SIMPLE RESEPI MASAKAN KAMPUNG saya harini ialah Sambal tomato bersama ikan masin talang. Masakan kampung ni memang mudah tapi sangatlah menyelerakan.
.
Bahan bahan.
*1 biji bawang besar.
*2 ulas bawang putih.
*15-20 biji cili padi.
*Belacan (besar ibu jari 🙈)
2 biji tomato (potong dadu kecil)
Ikan masin talang (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan sos cili Thai @yakinsedap.my .
1/2 sudu makan cuka @yakinsedap.my
.
Cara penyediaan.
Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak dan goreng ikan masin. Setelah garing, angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, masak bahan yg telah ditumbuk. Kemudian masukkan tomato dan masak hingga layu. Perasakan dengan garam, gula, sos cili Thai Yakin dan cuka Yakin. Akhir sekali masukkan ikan masin. Kacau rata dan siap!
@kak_t68
KakT suka buat stok lada jeruk.. sedap dimakan dgn nasi goreng, mee goreng atau apa saja yg sewaktu dgn nya..❤️