Description
✅100% Authentic Products & Official Seller
✅ Jakim Halal, Malaysian Brand, HACCP, Mesti, GMP & BRC Certified
✅ Product of Malaysia / Made in Malaysia
✅ UNTUK PEMBELIAN PUKAL/BORONG, BOLEH CHAT KAMI DAHULU UNTUK KAMI ATURKAN EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). KAMI TAK SARANKAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN STANDARD DELIVERY (COURIER) BAGI PEMBELIAN ATAS 100 UNIT UNTUK MEMASTIKAN PRODUK TIDAK PECAH DAN ROSAK.
✅ FOR BULK/WHOLESALE PURCHASE, PLEASE CHAT US FIRST SO THAT WE CAN ARRANGE EXPRESS DELIVERY (SAME DAY DELIVERY). WE DO NOT RECOMMEND YOU TO USE STANDARD DELIVERY (COURIER) FOR PURCHASES OVER 100 UNITS TO ENSURE THE PRODUCT IS NOT BROKEN AND DAMAGED.
- JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) – Halal Food Standard
- HACCP (Hazard Analysis & Critical Control Points) – Food Safety System
- BRC (British Retail Consortium) – Food Safety Global Standard
Allergen: Produced in a factory that handles wheat (gluten), soybean, egg, and their sub-products. All additives are of plant or synthetic origin.
Storage: Keep refrigerated after opening and store away from direct sunlight.
Alergen: Dihasilkan di kilang yang mengendalikan gandum (gluten), kacang soya, telur dan sub-produknya. Semua bahan tambahan berasal dari tumbuhan atau sintetik.
Cara Penyimpanan: Letak di dalam peti sejuk selepas dibuka dan elakkan daripada terdedah dari cahaya matahari secara langsung.
#TeamYakinSedap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IG: @rusilawati.cikgu & @nursyamie2019
kerana memberikan review untuk #ProdukYakinSedap yang sangat menarik. Jadi inilah repost untuk kongsikan resepi + pendapat mereka 🤗✨
@rusilawati.cikgu
Haiii…nak cuba menu minum petang yang SANGAT SIMPLE, CEPAT dan MUDAH disediakan? Jom kita masak CUCUR MEE SAYUR.
🌼CUCUR MEE SAYUR
Bahan – bahan:
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
½ bungkus mee kuning Cap Kunci
2 biji bawang merah
1 batang lobak (disagat)
Daun kucai (lagi banyak lagi sedap)
Ikan bilis ditumbuk kasar (ikut suka banyak mana. Boleh ganti dengan udang/ crab stick/ sosej)
Garam
Serbuk lada putih
Air masak (jangan guna air panas)
Penyediaan:
1. Celurkan mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Guntingkan /Potongkan sedikit mee kuning supaya tidak terlalu panjang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk.
4. Kemudian campurkan semua bahan lain ke dalam tepung gandum dan tepung beras kecuali garam dan air.
5. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan likat. (tidak terlalu cair)
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
7. Goreng cucur dalam minyak panas.
8. Gandingkan cucur mee sayur dengan Sos Cili Yakin. Baru lahh ummphhh !
Lepas ni kalau ada lebihan mee kuning dan tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resepi ini.
@nursyamie2019
SIMPLE RESEPI 🥰
Resepi: Pizza Kari ayam berkeju
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk doh Pizza:
3 1/2 cawan tepung roti
1 1/2 cawan air suam
2 1/2 sudu teh yis kering
2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula kastor
Bahan-bahan untuk topping:
Keju Mozarella
2 ulas Bawang besar
2 biji Cili besar
Kari ayam
10 Biji tomato cherry
Sos Cili @yakinsedap.my
Campuran herba @hexafood
10 batang sosej ayam berkeju
Cara-cara
Dalam cawan air suam, taburkan yis kering dan kacau sehingga yis cair.
Dalam bekas berasingan satukan tepung roti , garam , gula, dan minyak zaitun. Kacau sedikit sehingga bahan-bahan sebati.
Tuangkan campuran yis, sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi licin dan elastik. Anda boleh menggunakan heavy duty elektrik mixer pada peringkat ini. Teruskan menguli sehingga doh menjadi elastik dan licin selama kira-kira 10 minit.
Letakkan doh ke dalam mangkuk yang bersih dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan doh sehingga ia naik dua kali ganda.
Setelah adunan siap, bahagikan kepada beberapa bahagian dan uli kepada bentuk bola, kemudian uli sehingga nipis anggaran 1/2 cm.
Untuk topping letakkan sos Cili ,Kari ayam,bawang besar,sosej ayam berkeju dan taburkan Keju mozzarella bersama herba campuran @hexafood.
Bakar 15 minit hingga pizza masak dan siap..